MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Saturday, March 13, 2010

Kejayaan Program Simfoni Dan Kebudayaan AT 58

Terlebih dahulu kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam Program Simfoni Kasih dan Kebudayaan AT 58. Untuk pengetahuan semua, program ini bukan sahaja dihadiri oleh palajar Pengajian Malaysia malah pelajar daripada kursus lain juga datang memberi sokongan kepada majlis ini. Sebagai perasmi program, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr. Ibrahim bin Hashim telah menyaksikan persembahan sehingga ke akhir program dijalankan. Begitu juga dengan tetamu lain yang hadir seperti Ketua Jabatan Pengajian Malaysia, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, Penasihat Persatuan Pengajian Malaysia, Encik Nizamuddin bin Alias, Penasihat Program, Cik Nor Marlina binti Hj Alias serta pensyarah-pensyarah yang lain.

Sebelum program bermula, sesi pendaftaran serta pemberian nombor cabutan bertuah dilakukan di luar pintu masuk ke Auditorium Utama. Mengikut pihak pendaftaran, penonton yang hadir pada malam tersebut hampir mencecah seramai 500 orang. Bersesuai dengan tema Menyelami Identiti Nasional Kita, ada antara pelajar yang memakai pakaian yang bercorak perpaduan yang melambangkan perpaduan kaum di Malaysia. Majlis Perasmian dilakukan dengan gimik silat oleh dua orang pelajar sebelum Dekan mengetuk gong.

Persembahan pertama adalah dari wakil Semester 5 dengan tarian Taming Sari., ia merupakan tarian dari kaum Melayu. Persembahan kedua pula ialah dari wakil Semester 4 dengan Tarian Kipas yang berasal dari kaum Cina. Corak tarian yang rancak, kareografi yang menarik serta pergerakan sekata kipas yang berwarna merah jambu telah memukau setiap penontong yang menyaksikannya. Persembahan ketiga pula adalah tarian Bhangra dari wakil Semester 2. Tarian Bhangra ini adalah tarian daripada kaum Sikh. Kelucuan persembahan ini telah membuatkan penonton terhibur dengan irama serta penarinya.

Persembahan seterusnya juga wakil dari Semester 2 dengan tarian Magunatip. Tarian yang menonjolkan sifat kepewiraan bagi kaum Murut di Sabah ini telah membuatkan penonton berasa cemas dan berdebar-debar. Ini kerana persembahan Magunatip ini memerlukan fokus yang tinggi kerana ia bermain dengan parang serta buluh. Kepakaran serta pengalaman daripada penari berjaya membuat semua yang memenuhi perut Auditorium Utama terpegun dengan persembahan mereka. Pihak Majlis Tertinggi serta Exco juga telah menjemput kumpulan nasyid UPSI iaitu kumpulan Nasyid Min Haj yang telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Kemudian, persembahan diteruskan dengan Tarian Rarha dari kaum India yang dipersembahkan oleh wakil Semester 4. Sebagai persembahan penutup, wakil daripada Semester 5 telah membuat persembahan Dikir Barat. Dikir Barat sangat sinonim dari negeri Kelantan dan disampaikan dengan baik oleh mereka.

Pengisian program bukan sahaja dipenuhi dengan persembahan semata-mata, malah sesi cabutan bertuah juga menjadi selingan majlis. Penonton yang hadir tidak hanya pulang dengan tangan kosong kerana penonton juga telah diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Selain itu, makanan juga diberikan kepada mereka yang hadir.

Sejuta terima kasih diucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah berusaha bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Kepada semua pelajar, nantikan lagi program yang akan diadakan oleh PPMas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment