MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

BUDAYA

KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka.

Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan. Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan.

Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda.

Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh pendudukJohor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyamanyang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyamatau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.


MASYARAKAT ORANG ASLI
Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Upacara Perkahwinan
Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial. Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin. Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.
Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai. Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.
Pelamin diperbuat daripada anyaman daun kelapa atau rumbia, manakala tiang pula diperbuat daripada anak-anak kayu yang direka bentuk seperti rumah yang kecil. Pelamin ini dibuat di hadapan rumah pengantin. Sekiranya suku kaum yang mendiami rumah panjang, mereka akan bersanding di tengah-tengah ruang untuk dilihat oleh ahli keluarga yang lain.

http://malaysiana.pnm.my/01/orgaslikawin/orgasli.jpg
Perkahwinan Orang Asli
Semasa upacara persandingan dilakukan, semua ahli keluarga akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar dan pulut sebagai merestui perkahwinan tersebut. Pakaian pengantin adalah sederhana. Kebanyakan pakaian pengantin mengikut pakaian tradisional masing-masing. Pengantin akan dihias dengan pelbagai aksesori yang dibuat sendiri. Aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik yang beraneka warna. Kemudian lilitan kepala pula diperbuat daripada daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan tersebut.
Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan oleh kedua-dua belah wakil. Makanan yang lazat itu kemudian diagih-agihkan kepada para tetamu untuk dimakan bersama-sama wakil kedua-dua belah pihak. Selepas itu upacara persandingan dijalankan dan diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan. Setelah itu barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.



BUDAYA NASIHAT
DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmanNya yang bermaksud:'Wahai orang yang beriman, jauhi lah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.