MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Thursday, January 28, 2010

SEKALUNG TAHNIAH

Kami dari barisan Majlis Tertinggi dan Exco PPMas ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada tiga orang pelajar Pengajian Malaysia yang telah menang dalam Pilihan Raya Kampus bagi pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2010. Mereka ialah Saudara Mohd Sahril bin Mohd Yusof (Calon Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), Saudara Mohd Zahar bin Mohamed Nor (Calon Umum) dan Saudari Khadijah binti Mohd Bakri (Calon Umum). Pembuangan undi bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan keputusan Pilihan Raya Kampus telah diumumkan di Dewan SITC pada jam 5.30. Turut hadir ialah Y. Bhg. Naib Canselor UPSI, Dato' Prof Dr. Aminah Ayob pada sebelah pagi untuk membuka sistem e-vote dan sebelah petang untuk pengumuman keputusan Pilihan Raya Kampus. Terima kasih juga kepada semua pelajar yang menunaikan hak untuk mengundi.

Tuesday, January 26, 2010

Baju Korporat Persatuan

Sukacita dimaklumkan bahawa penempahan baju korporat PPMas akan dibuka pada

Tarikh : 1 Feb 2010 (Isnin) hingga 5 Feb 2010 (Jumaat)
Masa : 9 am hingga 5 pm

Tempat : Kaunter berhadapan kafe Bitarasiswa

Bayaran bagi sehelai baju korporat ialah RM55


SUKAN PERSATUAN PENGAJIAN MALAYSIA (SUKMAS 09/10)

Kami dibarisan Majlis Tertinggi serta Exco meminta maaf kepada pelajar Pengajian Malaysia atas kesulitan mengenai SUKMAS yang sepatutnya diadakan pada 27 dan 28 Februari 2010 ini. SUKMAS terpaksa dipinda ke satu tarikh yang telah ditetapkan. Hal ini kerana pada 27 dan 28 Februari 2010, terdapat program universiti yang berlangsung di gelanggang futsal. Maka, dengan ini kami telah memilih tarikh yang bersesuai untuk mengadakan SUKMAS. Maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 dan 21 Mac 2010
Tempat : Gelanggang Futsal dan Bola Jaring
Sukan : Futsal Lelaki, Futsal Wanita dan Bola Jaring (Wanita)
Anjuran : Persatuan Pengajian Malaysia


Bayaran bagi setiap penyertaan kumpulan adalah sebanyak RM15

Borang boleh diserahkan kepada:

Semester 2:
Lizawati bt Asmani (013-4677359) dan Aziasahida bt Mohd Arshad (013-9037908)

Semester 4:
Mohamad Najib b. Salleh (017-5920363) dan Nurul Nadia bt Abu Bakar (013-5915632)

Semester 5:
Mohamad Isa bin Ishak (012-7301506) dan Nurdalila bt Abd Rahim (019-4553570)

Tarikh tutup menghantar borang adalah pada 12 Mac 2010


Bersama-samalah kita memeriahkan lagi program Persatuan Pengajian Malaysia.


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Monday, January 25, 2010

Calon-calon Pilihan Raya Kampus Sesi 2009/2010

Pilihan raya kampus kembali lagi dan suasana pilihan raya tersebut dapat dilihat di sekitar kampus dan kolej kediaman.Namun yang lebih membanggakan adalah penglibatan ahli-ahli persatuan yang kita untuk menjadi sebahagian daripada calon-calon pilihan raya untuk julung kalinya. Berikut merupakan ahli-ahli PPMas yang bertanding merebut kerusi yang dipertandingkan:



Mohd Zahar Mohamed Nor (Calon Umum)




Nur Emillida Yusoff (Calon Umum)




Khadijah Mohd Bakri (Calon Umum)




Mohd Sahril Mohd Yusof (Calon Fakulti)


Anda juga boleh melayari laman web Blog UPSI bagi mendapatkan info berkaitan calon-calon yang bertanding. Calon-calon juga turut disediakan blog bagi mengemaskini maklumat yang ingin disampaikan kepada seluruh warga UPSI. Ahli-ahli PPMas juga diminta untuk turun mengundi pada 28 Januari ini bermula 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Ahli-ahli boleh memilih kawasan pengundian di tempat-tempat seperti berikut:


  • Bitarasiswa

  • Dewan SITC

  • Dewan Serbaguna Kolej Za’ba

  • Dewan Serbaguna KUO

  •  Foyer Kolej Harun Aminurrashid

  • Perpustakaan Tuanku Bainun

  • Foyer KDP

    Pihak PPMas mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik..

Sunday, January 24, 2010

PERHATIAN. Maklumat semasa AT58

Salam sejahtera warga PPMas sekalian.


Baru-baru ini, kita semua telah dikejutkan oleh kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa penempatan guru akan dikurangkan bermula tahun hadapan. Kenyataan ini amat mencemaskan bakal pendidik seperti kita semua. 


Memandangkan Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan adalah program yang baru diperkenalkan di UPSI, maka program ini belum mendapat pengiktirafan daripada MQA dan rata-rata daripada kita semua berasa bimbang jaminan untuk kita semua setelah bergraduasi kelak.


Oleh yang demikian, kami sebagai Jawatan Kuasa Tertinggi Persatuan Pengajian Malaysia terpanggil untuk memberi makluman agar semua rakan-rakan bertenang dan terus teguh dengan matlamat asal ke sini iaitu menamatkan pengajian dengan jayanya.


Kami telah mendapatkan kepastian daripada Pensyarah Penasihat PPMas iaitu En. Nizamuddin Alias dan beliau meminta pelajar supaya tidak risau kerana pihak Jabatan Pengajian Malaysia dan fakulti bertanggungjawab dalam urusan pengiktirafan ini. 


Apa yang penting pada masa ini ialah kita semua perlu membuktikan kecemerlangan AT58 dengan memastikan Graduan AT58 kelak benar-benar berkualiti. Pihak yang akan mengiktiraf kita perlu melihat produk yang dihasilkan oleh satu2 pengajian itu sebelum mengeluarkan sijil pengiktirafan.


Oleh yang demikian, diharapkan agar rakan-rakan sekalian tidak cepat melatah ataupun bimbang akan perkara ini sehingga fokus asal kita tersasar sekaligus menjejaskan perjalanan kita di UPSI ini. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah jabatan dan fakulti. Suka diingatkan bahawa FSSK telah berada di hadapan antara fakulti-fakulti di UPSI dan hal ini perlu menjadi motivasi dalam diri kita.


Adalah diharapkan dengan maklumat ini kita semua kembali bersatu dalam memperkuat PPMas dan membuktikan kita sebagai anak bongu dalam UPSI mampu melakukan sesuatu yang mengharumkan nama Universiti.


Sekian.

Urusan Pembelian Baju

Segala urusan pembelian baju akan dimaklumkan kemudian.Harap bersabar..

Monday, January 18, 2010

Undian Baju Korporat

Harap maklum, undian bagi baju korporat PPMas telah ditamatkan. Tempahan baju sedang dilakukan. Baju No 2 menjadi pilihan majoriti dan telah diputuskan. Terima Kasih.

Saturday, January 9, 2010

Kenali Barisan Kepimpinan PPMas





Sertai Facebook Group!



Kepada ahli-ahli PPMas yang mempunyai akaun Facebook, anda bolehlah mendaftar sebagai ahli  PPMas Group. Hanya gunakan enjin pencarian dan taipkan Persatuan Pengajian Malaysia.Pendaftaran anda sebagai ahli dialu-alukan!

Friday, January 8, 2010

Baju Korporat PPMas- design untuk mahasiswi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 PPMas sekalian. Kami baru menerima rekaan baju korporat untuk mahasiswi. Rekaan ini adalah berlengan panjang, bukan 3/4. Rekaan baju berlengan panjang ini berdasarkan 6 rekaan baju lengan pendek sebelum ini.


Terima kasih.

Penempatan Lattihan Insdustri bagi Semester 5

Anda boleh menyampaikan maklum balas atau cadangan bagi membantu kami MT PPMas bagi menyelesaikan maslah ini. Sebarang informasi akan kami sampaikan dari masa ke masa. Diharap rakan-rakan semua dapat bersabar. Terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

HATI-HATI LAMAN SESAWANG PALSU MAYBANK DAN HONG LEONG

Teman sekelian tentu ada yang sedar akan pelbagai makluman dari Bank Negara Malaysia dan PDRM berkaitan dgn transaksi online  yg dilakukan oleh pihak tertentu yg bertujuan utk mencuri info dari pelanggan akaun online banking.
Disini dikongsikan dua link yg betul betul menyerupai M2U dan HLB sites dihantar melalui mail dgn alasan pemegang akaun harus memperbaharui info didalam akaunnya. Sila perhatikan dan lihat perbezaan masing masing.

Website palsu M2U

Website ‘ori’ M2U (Genuine)

Website palsu Hong Leong (FAKE)

Website ‘ori’ Hong Leong (Genuine)
Tak nampak perbezaannya, kan? Memang sukar utk mencari perbezaannya. mereka memang mahir melakukan duplikasi.
Perbezaannya, lihat pada address bar. Address web sepatutnya menunjukkan address bank dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu mengesahkan ianya laman yang selamat, bukannya laman palsu. Sila berjaga jaga ya sebab sekali mereka tahu id dan password anda, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.


Regards,
Dipetik daripada http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/web-site-palsu-fake-maybank-and-hong.html

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010". Harapan kami, semoga PPMas akan terus berjaya dengan sokongan daripada anda semua.

" MAHASISWA PENGGERAK WAWASAN "