MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Saturday, October 24, 2009

PEMBATALAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Dukacita dimaklumkan bahawa Majlis Jamuan Hari Raya Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) yang akan diadakan pada 26 Oktober 2009, bertempat di belakang Auditorium, telah dibatalkan. Kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco memohon maaf di atas pembatalan Majlis Jamuan Hari Raya ini. Pembatalan majlis ini adalah kerana pihak HEPA tidak meluluskan permohonan untuk mengadakan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, pada semester hadapan, PPMas akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh semua ahli PPMas.

Terima Kasih.

Thursday, October 22, 2009

Majlis Anugerah Dekan- MAKLUMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sedikit makluman berkenaan Majlis Anugerah Dekan. Sekali lagi dimaklumkan bahawa penerima Sijil Dekan pada malam tersebut adalah bagi keputusan peperiksaan Semester 2 2008/2009. 


Kami mendapati bahawa terdapat dua senarai nama diletakkan di pejabat fakulti untuk ditandatangani. Bagi senarai nama Semester 1 2008/2009 yang namanya tidak ada pada senarai Semester 2 2008/2009, sijil akan diberikan sendiri oleh kami. 


Harap maklum.

Monday, October 19, 2009

MAJLIS ANUGERAH DEKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, akan mengadakan Majlis Anugerah Dekan seperti pada maklumat di bawah :

Tempat : Auditorium Utama (UPSI)
Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam

Oleh yang demikian, pelajar Pengajian Malaysia digalakkan dan pelajar yang mendapat PNGS 3.50 ke atas bagi Semester 2 2008/2009 diwajibkan hadir untuk menerima penghargaan daripada fakulti. Penerima anugerah harus menyemak dan menandatangani kehadiran di borang yang disediakan di kaunter FSSK sebelum 23 Oktober 2009 (Jumaat).

Wednesday, October 14, 2009

Baju Korporat PPMas

Assalamualaikum dan salam sejahtera


PPMas akan memperkenalkan baju korporat bermula pada semester hadapan.


Warna yang dicadangkan adalah warna ungu dan putih. Rasional warna ungu adalah ianya melambangkan kehormatan, kebanggaan, dan kejayaan di samping warna putih yang melambangkan keluhuran dan kesederhanaan.


Gabungan kedua-dua warna ini mampu menyerlahkan imej korporat PPMas itu sendiri.


Contoh baju korporat adalah seperti gambar di bawah. Warna ungu yang dipilih adalah seperti warna ungu baju lengan pendek. 






 

Info tambahan:
  • Baju korporat bagi siswi adalah berlengan 3/4. Cadangan menambah 'lining' warna ungu pada garisan butang (bagi siswi sahaja) kerana kelihatan kosong pada baju siswi.
  • Logo UPSI dan logo PPMas di hadapan, sulaman 'Persatuan Pengajian Malaysia' (atas) & 'UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS' (bawah) di belakang dan akronim PPMas di lengan.
  • Fabrik yang digunakan adalah dari jenis 'viscose' yang tahan lama dan berkualiti.
  • Terdapat dalam saiz S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Contoh baju akan dibawa untuk dicuba bagi kepuasan semua.
  • Harga yang dicadangkan ialah RM55.00 (tertakluk kepada perubahan, namun tidak akan melebihi RM60.00). Hal ini kerana pilihan fabrik yang berkualiti di samping bilangan logo dan sulaman pada baju. (harga adalah sama bagi baju siswa dan siswi)
  • Tempahan akan dimulakan pada awal semester hadapan setelah perbincangan akhir dibuat bersama pembekal.
Adalah diharapkan agar Mahasiswa-Mahasiswi AT58 sekalian menyokong dalam cadangan memperkenalkan baju korporat PPMas yang akan menjadikan persatuan kita lebih dikenali di UPSI ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada MT PPMas.

Penundaan Sukan (SUKMAS)

Penundaan Sukan SUKMAS terpaksa dilakukan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan.

mohon maaf dipinta atas segala permasalahan ini.

exco SUKAN PPMas

Monday, October 12, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Dengan segala sukacitanya, sebuah majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan bagi semua ahli Persatuan Pangajian Malaysia (PPMas). Majlis ini akan dikendalikan oleh Majlis Tertinggi dan Exco. Majlis ini juga merupakan sebuah majlis yang diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara Majlis Tertinggi dan Exco bersama-sama ahli persatuan. Berikut merupakan butiran majlis berkenaan:

Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)
Tempat : Belakang Auditorium
Masa : 4 petang hingga 8.30 malam
Bayaran : RM5 seorang

Majlis ini juga diadakan pada hari yang sama pelajar-pelajar semester satu yang akan membuat persembahan mereka untuk Subjek Budaya dan Warisan yang akan diadakan pada jam 9 malam. Bersama-samalah kita memberikan sokongan kepada mereka. Bayaran bagi menyertai jamuan ini akan dijalankan dari 12 Oktober hingga 23 Oktober.

Doakan Sahabat Kita

Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan sahabat kita iaitu adik WAN AINI BT WAN IBRAHIM, semester 1 yang sekarang ini berada di Hospital Slim River akibat demam denggi. Diharap agar kesihatan adik Wan Aini akan bertambah pulih dengan segera. Satu kutipan sumbangan telah dijalankan bagi meringankan beban yang dipikul oleh keluarga adik Wan Aini. Semoga Allah S.W.T akan memberikan kesihatan yang baik kepada adik Wan Aini. Amin....