MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Thursday, April 15, 2010

Selamat Untuk Semua

Kami, dari barisan Majlis Tertinggi dan Exco Persatuan Pengajian Malaysia ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua pelajar Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan khususnya dan semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris amnya. Semoga minggu study week ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Diharap agar para pelajar tidak lupa untuk menyemak jadual peperiksaan serta sentiasa membawa kad matrik dan slip peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Bagi pelajar Semester 5, selamat menjalani Latihan Industri dan bagi pelajar Semester 4, selamat menjalani Rancangan Orientasi Sekolah pada cuti semester ini.

Sunday, April 11, 2010

Taklimat ROS

Pada 5 April 2010 (Isnin) yang lalu, telah diadakan Taklimat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi pelajar semester 4 Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Rahman Talib pada jam 9 pagi hingga 11 pagi. Sebagai penyalaras, Prof. Dr. Kanthasamy Nalusamy telah memberikan penerangan yang secukupnya serta menjawab beberapa persoalan yang telah diajukan oleh pelajar.

Untuk mendapatkan panduan ROS, sila klik di sini

Saudara Mohd Zahar membacakan doa sebelum taklimat bermula


Prof. Dr. Kanthasamy sedang memberikan taklimat

 Antara pelajar-pelajar yang hadir


Wednesday, April 7, 2010

Masalah Pendaftaran Subjek Bagi Semester 4


Kepada semua pelajar Semester 4 Pengajian Malaysia dengan Pendidikan, mengenai masalah pendaftaran yang timbul, kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco PPMas telah berjumpa dengan Ketua Jabatan Pengajian Malaysia, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim. Antara masalah yang telah dibincang bersama KJ ialah :

1. Subjek elektif yang telah dikeluarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan tersebut adalah WAJIB diambil pada semester hadapan. Hanya satu sahaja subjek elektif yang dibenarkan untuk diambil pada semester hadapan.


Subjek Elektif yang ditawarkan oleh FSSK
LGM 3023 - Geografi Di Malaysia
LSM 4023 - Sejarah Malaysia Abad ke-20
LIA 2023 - Pemikiran Islam Semasa
PEG 2023 - Ekonomi Pembangunan
SSP 2103 - Kajian Kraf Tradisional Rupa dan Identiti
SRZ 2013 - Pengalaman Muzikal
STP 1023 - Pergerakan Kreatif Teater
BST 2083 - Pengantaraan Kesusasteraan, Kebudayaan dan Kesenian Melayu


2. Di dalam sistem pendaftaran, hanya terhad sebanyak 18 jam kredit yang dibenarkan untuk diambil. Namun begitu, Ketua Jabatan akan bermesyuarat dengan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan pihak yang tertentu untuk membenarkan pelajar Pengajian Malaysia untuk mengambil jam kredit melebihi 18 jam kredit. Tetapi, sekiranya had jam kredit tersebut hanya sehingga 21 jam kredit dan terdapat pelajar yang terpaksa mengambil lebih dari itu, anda diminta untuk membuat surat penambahan jam kredit pada semester hadapan beserta dengan slip keputusan peperiksaan sebelum semester hadapan.

Dengan itu, diharap pelajar tidak akan membuat pelbagai andaian atau spekulasi mengenai masalah ini. Sekiranya pihak akademik telah membenarkan Pelajar Pengajian Malaysia untuk mendaftar subjek semester hadapan melebihi 18 jam kredit, keputusan berkenaan akan dihebahkan dan pelajar boleh berbuat demikian selepas pegumuman tersebut.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 6, 2010

Penyerahan Baju Korporat

Sukacita dimaklumkan bahawa baju korporat persatuan akan mula diedarkan kepada pelajar-pelajar persatuan PPMas. Berikut adalah butiran penyerahan:

Tarikh : 8 dan 9 April 2010
Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : 10.00 am hingga 5.00 pm

Penyerahan baju korporat tidak boleh diberikan kepada wakil kerana pihak MT dan Exco tidak mahu menanggung kesulitan jika baju berkenaan tidak sampai kepada tuannya.
Terima Kasih.

Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Bacaan Yassin


Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kerohanian PPMas akan mengadakan solat hajat serta ceramah ilmu sempena peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kepada semua pelajar Pengajian Malaysia dengan Pendidikan digalakkan untuk hadir. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain yang ingin mengikuti majlis ini. Berikut merupakan butiran majlis berkenaan :

Tarikh : 8 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : Surau Al-Falah Kolej Aminudin Baki
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Tetamu khas : Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim (Ketua Jabatan Pengajian Malaysia)

Tentatif Program

7.00 pm : Ketibaan para tetamu dan Pelajar
7.30 pm : Solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yassin dan tahlil
8.40 pm : Solat Isya' berjemaah
9.00 pm : Tazkirah ringkas
9.30 pm : Jamuan
10.00 pm : Bersurai

Bersama-samalah kita mengimarahkan lagi majlis ini.
Terima kasih

Friday, April 2, 2010

Baju Korporat Persatuan

Sukacita dimaklumkan bahawa baju korporat persatuan akan sampai selewat-lewatnya pada hari Selasa (6 April 2010). Jika baju berkenaan telah sampai, penyerahan baju tersebut akan dilakukan segera. Segala kesulitan amat kami kesali.

Terima kasih