MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT BERCUTI

Majlis Tertinggi dan Exco mengucapkan selamat bercuti untuk semua dan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk yang muslim. Semoga selamat pulang dan selamat sampai ke kampung masing-masing. Pastikan keselamatan anda diutamakan.

Wednesday, November 4, 2009

Malam Majlis Anugerah Kecemerlangan Berjalan Dengan Jayanya


Pada 29 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu, telah diadakan Malam Majlis Anugerah Kecemerlangan anjuran Jabatan Pengajian Malaysia dengan Jabatan Sejarah. Majlis ini telah dijalankan di Auditorium Utama pada jam 8 malam. Kemeriahan terasa apabila majlis diserikan dengan kehadiran Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Dr. Ibrahim bin Hashim. Anugerah juga telah disampaikan oleh Dr. Hashim kepada 407 orang pelajar yang tersenarai untuk mendapat Anugerah Kecemerlangan dari Jabatan Pengajian Malaysia dan Jabatan Sejarah. Turut hadir ialah wakil Ketua Jabatan Pengajian Malaysia dan Ketua Jabatan Sejarah. Beberapa orang pensyarah juga turut hadir untuk memeriahkan majlis.
Majlis juga dilengkapi dengan alunan bacaan sajak yang telah disampaikan oleh Saudara Noor Azri bin Isa. Sebagai pengarah program, Saudara Samuel dan Ex-Offisio, Saudara Ghazali dan Saudara Eddy, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh badan pelaksana program iaitu Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) dan Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) sangat baik. Jika diberikan peluang dan kesempatan, PPMas ingin bergabung sekali lagi dengan PERMAS untuk mengadakan program bersama.
Impaknya, majlis ini bukan hanya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli persatuan malah ia juga dapat membantu PPMas untuk mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ahli persatuan yang lain. Sebagai persatuan yang telah lama ditubuhkan di UPSI, PERMAS dengan berbesar hati telah memberikan tunjuk ajar kepada PPMas yang merupakan persatuan yang baru ditubuhkan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan VIP dan tetamu yang hadir. Tahniah buat pelajar yang menerima anugerah pada malam tersebut. Kepada yang tidak menerima anugerah, anda jangan berputus asa. Tingkatkan usaha anda untuk lebih maju. Sejuta ucapan terima kasih, khas ditujukan kepada pihak PERMAS kerana sudi bergabung dengan PPMas untuk mengadakan Malam Majlis Anugerah Kecemerlang.