MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Saturday, March 13, 2010

Kejayaan Program Simfoni Dan Kebudayaan AT 58

Terlebih dahulu kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam Program Simfoni Kasih dan Kebudayaan AT 58. Untuk pengetahuan semua, program ini bukan sahaja dihadiri oleh palajar Pengajian Malaysia malah pelajar daripada kursus lain juga datang memberi sokongan kepada majlis ini. Sebagai perasmi program, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr. Ibrahim bin Hashim telah menyaksikan persembahan sehingga ke akhir program dijalankan. Begitu juga dengan tetamu lain yang hadir seperti Ketua Jabatan Pengajian Malaysia, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, Penasihat Persatuan Pengajian Malaysia, Encik Nizamuddin bin Alias, Penasihat Program, Cik Nor Marlina binti Hj Alias serta pensyarah-pensyarah yang lain.

Sebelum program bermula, sesi pendaftaran serta pemberian nombor cabutan bertuah dilakukan di luar pintu masuk ke Auditorium Utama. Mengikut pihak pendaftaran, penonton yang hadir pada malam tersebut hampir mencecah seramai 500 orang. Bersesuai dengan tema Menyelami Identiti Nasional Kita, ada antara pelajar yang memakai pakaian yang bercorak perpaduan yang melambangkan perpaduan kaum di Malaysia. Majlis Perasmian dilakukan dengan gimik silat oleh dua orang pelajar sebelum Dekan mengetuk gong.

Persembahan pertama adalah dari wakil Semester 5 dengan tarian Taming Sari., ia merupakan tarian dari kaum Melayu. Persembahan kedua pula ialah dari wakil Semester 4 dengan Tarian Kipas yang berasal dari kaum Cina. Corak tarian yang rancak, kareografi yang menarik serta pergerakan sekata kipas yang berwarna merah jambu telah memukau setiap penontong yang menyaksikannya. Persembahan ketiga pula adalah tarian Bhangra dari wakil Semester 2. Tarian Bhangra ini adalah tarian daripada kaum Sikh. Kelucuan persembahan ini telah membuatkan penonton terhibur dengan irama serta penarinya.

Persembahan seterusnya juga wakil dari Semester 2 dengan tarian Magunatip. Tarian yang menonjolkan sifat kepewiraan bagi kaum Murut di Sabah ini telah membuatkan penonton berasa cemas dan berdebar-debar. Ini kerana persembahan Magunatip ini memerlukan fokus yang tinggi kerana ia bermain dengan parang serta buluh. Kepakaran serta pengalaman daripada penari berjaya membuat semua yang memenuhi perut Auditorium Utama terpegun dengan persembahan mereka. Pihak Majlis Tertinggi serta Exco juga telah menjemput kumpulan nasyid UPSI iaitu kumpulan Nasyid Min Haj yang telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Kemudian, persembahan diteruskan dengan Tarian Rarha dari kaum India yang dipersembahkan oleh wakil Semester 4. Sebagai persembahan penutup, wakil daripada Semester 5 telah membuat persembahan Dikir Barat. Dikir Barat sangat sinonim dari negeri Kelantan dan disampaikan dengan baik oleh mereka.

Pengisian program bukan sahaja dipenuhi dengan persembahan semata-mata, malah sesi cabutan bertuah juga menjadi selingan majlis. Penonton yang hadir tidak hanya pulang dengan tangan kosong kerana penonton juga telah diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Selain itu, makanan juga diberikan kepada mereka yang hadir.

Sejuta terima kasih diucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah berusaha bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Kepada semua pelajar, nantikan lagi program yang akan diadakan oleh PPMas. Terima Kasih.

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM SIMFONI KASIH DAN KEBUDAYAAN (AT 58)



Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengajian Malaysia akan mengadakan sebuah majlis yang bertemakan integrasi dan perpaduan masyarakat di Malaysia. Butiran majlis berkenaan adalah seperti berikut :

Tarikh : 10 Mac 2010 ( Rabu )
Masa : 8.00 hingga 11.00 malam
Tempat : Auditorium Utama

Pengisian Majlis (persembahan)
- Tarian Bhagra dan Tarian Mangunatip dari Semester 2
- Tarian Kipas dan Tarian India dari Semester 4
- Tarian Zapin serta Dikir Barat dari Semester 5

Pakaian
- Semua pelajar bebas untuk memakai pakaian yang bertemakan perpaduan dan integrasi. Contohnya ialah pelajar Melayu tidak semestinya hanya memakai pakaian kaum Melayu tapi boleh memakai pakaian daripada kaum lain seperti baju Ceongsam. Namun, pakaian tersebut hendaklah menutup aurat dan tidak menonjol.

Oleh yang demikian, kami akan membuka kaunter untuk membeli kupon makanan yang akan disediakan pada malam majlis berkenaan berlangsung. Kaunter pembelian akan dibuka pada hari Khamis (4 Mac 2010) hingga Selasa (9 Mac 2010). Wakil dari pihak AJK pelaksana akan menjual kupon berkenaan di dalam kelas. Harga bagi sebuah kupon adalah RM2 sahaja.

Tuesday, March 2, 2010

ROS Semester 4


Salam dan selamat sejahtera.

Mengenai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) untuk pelajar semester 4, pihak Exco Penerbitan dan Informasi telah berjumpa dengan Ketua Jabatan iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau telah menyatakan bahawa beliau akan merujuk dengan penyelaras ROS iaitu Prof Kanthasamy. Oleh yang demikian, pihak Exco Penerbitan dan Informasi akan berjumpa sekali lagi dengan penyelaras ROS untuk mengetahui keputusan atau status ROS tersebut. Tambahan pula, belum lagi keluar kenyataan atau arahan untuk pendaftaran ROS Semester 4 bagi pelajar Pengajian Malaysia.  Walau bagaimanapun, Penyelaras sudah memberi kebenaran untuk pelajar semester 4 unduk mendaftar ROS. Suatu perjumpaan akan dibuat untuk penerangan mengenai perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan ROS. Diharap agar semua pelajar semester 4 dapat bersabar.

Sekian.

Monday, March 1, 2010

SUKMAS (sukan Pengajian Malaysia

salam hormat,,,,
untuk pengetahuan semua, SUKMAS di tunda ke tarikh seperti berikut:

20 & 21 Mac 2010,

sila dapatkan borang penyertaan anda untuk menyertai sukan Futsal lelaki/perempuan dan bola jaring.

-Ketua Exco Sukan PPMas-

Tuesday, February 23, 2010

PROGRAM DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN PPMas

PROGRAM DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN


TARIKH    : 3 MAC 2010
HARI          : RABU
TEMPAT    : PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI
MASA         : 9 PAGI HINGGA 5 PETANG.
ANJURAN  : PPMas 

Saturday, February 20, 2010

Penggal Kedua

Alhamdulillah setelah penggal pertama bagi semester ini berakhir, kita akan melewati penggal kedua bagi semester ini. Pastinya fokus pada pelajaran semakin meningkat. Selamat kembali ke UPSI untuk meneruskan lagi pengajian kita di sini setelah cuti pertengahan semester berakhir.

Monday, February 8, 2010

TEMPAHAN BAJU KORPORAT PERSATUAN DILANJUTKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh bagi tempahan baju korporat persatuan telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2010 (Rabu). Tempat untuk membuat tempahan adalah di Bilik Persatuan dan Kelab, tingkat atas bangunan Bitarasiswa. Kepada pelajar PPMas yang belum membuat tempahan dan ingin membuat tempahan, silalah datang ke Bilik Persatuan. Masa kaunter tempahan dibuka pada jam 9 pagi hingga jam 5 petang sahaja. Setiap tempahan baju korporat adalah berharga RM55. Bersama-samalah kita menyokong usaha untuk memiliki baju korporat ini kerana ia adalah identiti bagi Persatuan Pengajian Malaysia.