MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Friday, August 13, 2010

BAJU KORPORAT PPMas


perhatian kepada semua mahasiswa/i PPMas yg ingin membuat tempahan BAJU KORPORAT PPMas, anda boleh membuat tempahan di kaunter utama bitarasiswa pada 17,18 dan 19hb 0gos (selasa,rabu & khamis) ini dari jam 10am-5pm...


[DSC00155.JPG]

sekian terima kasih

Thursday, August 12, 2010

JAWATANKUASA PPMas SESI 2010/2011



" MAHASISWA PENGGERAK WAWASAN "

DISEDIAKAN OLEH :: EXCO PENERBITAN & INFORMASI PERSATUAN PENGAJIAN MALAYSIA 2010/2011

RE PPMas 2010/2011

Perhatian kepada semua ahli Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) yang berminat untuk menjadi Rakan Exco (RE) PPMas, anda boleh mendapatkan borang RE di meja persatuan bermula 11 - 18 ogos 2010.
Borang berkenaan hendaklah dikembalikan semula di meja persatuan pada atau sebelum 20 ogos 2010.


Harap Maklum.


Daripada ::
Exco PDI PPMas 2010/2011

PERUTUSAN PRESIDEN PERSATUAN PENGAJIAN MALAYSIA SESI 2010/2011


Presiden Persatuan Pengajian Malaysia
Sesi 10/11

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar pengajian Malaysia. Saya Muhamad Syafiq b. Khairuddin merangkap Presiden PPMas terlebih dahulu suka saya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa Dengan Penuh Keimanan kepada semua ahli PPMas. Para rakan sekalian, hampir seminggu sudahnya sidang Majlis Tertinggi dan Exco baru ditubuhkan melalui pilihan raya yang diadakan di Auditorium pada hari Rabu yang lalu bersamaan 4 ogos 2010. Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memberi kepercayaan anda semua dipundak saya untuk mengetuai anda semua dalam memartabatkan Persatuan Pengajian Malaysia ( PPMas ) yang kini semakin dikenali ramai pihak. Saya dan barisan kepimpinan yang lain menghargai sokongan padu dari anda semua yang berterusan menyokong persatuan ini sejak mula ditubuhkan lagi. Rakan-rakan yang saya takzimkan sekalian, dengan tertubuhnya sidang baru ini saya mengharapkan kerjasama dari barisan Majlis Tertinggi yang lain dan anda semua untuk sentiasa mengikuti perkembangan persatuan kita ini bagi mengelakkan anda ‘tercicir’ dalam pergerakkan ini. Maka dengan ini saya akhiri catitan tinta maya ini dengan satu bidalan untuk anda semua:



Manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang

>Sekian<

Friday, August 6, 2010

Selamat Datang Majlis Tertinggi dan Exco Baru

Pada 4 Ogos 2010, Rabu, bertempat di Auditorium Utama, telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) kali ke-2. Pada jam 8.00 malam, kelihatan ahli-ahli persatuan mula memenuhi Auditorium.

Kehadiran Dr. Ahmad Sohaimi, Encik Nizamuddin dan Puan Kalsum sebagai tetamu VIP telah menjadikan suasana lebih ceria. Saudari Suraya bt Harun sebagai pengacara majlis telah memulakan majlis dengan nyanyian lagi Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman, disusuli dengan keberkatan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Yusof bin Razali. Kemudian, tayangan montaj aktiviti sepanjang Pimpinan Sulong 2009/2010. Acara diserikan lagi dengan ucapan oleh President PPMas sesi 2009/2010 iaitu Saudara Ahmad Ghazali bin Shafie dan Ketua Jabatan Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim. Majlis diteruskan dengan pembentangan oleh Setiausaha sesi 2009/2010 iaitu Saudara Gemasthy Anak Goen dan Bendahari sesi 2009/2010 iaitu Saudari Nur Ain bt Shahrom.

Seterusnya, sesi penyampaian oleh Dr. Ahmad Sohaimi kepada Biro Terbaik Persatuan Pengajian Malaysia sesi 2009/2010 iaitu Biro Penerbitan dan Informasi yang diketuai oleh Saudari Nurul Athirah Azmi dan Timbalannya iaitu Nurulhana Md. Nor. Kemudian, sesi penyampaian hadiah kepada semua Majlis Tertinggi dan Exco PPMas sesi 2009/2010 oleh Dr. Ahmad Sohaimi. Acara kemuncak ialah bacaan watikah perletakan jawatan yang diketuai oleh President, Saudara Ahmad Ghazali sebagai menandakan berakhirnya pimpinan sulong persatuan sesi 2009/2010. Terima kasih buat mereka.

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak yang kedua iaitu perlantikan Majlis Tertinggi dan Exco baru bagi sesi 2010/2011. Majlis ini telah dikendalikan oleh Saudara Mohd Faizal bin Amir dan dibantu oleh beberapa orang ahli SUKSIS yang diketuai oleh Saudara Armadi Derus sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tahniah diucapkan. Senarai Majlis Tertinggi dan Exco baru akan disiarkan.
Kepada semua yang hadir, jutaan terima kasih untuk anda.

 Barisan Pemimpin PPMas sesi 2009/2010


 Barisan Pimpinan Sesi 2010/2011