MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Friday, August 6, 2010

Selamat Datang Majlis Tertinggi dan Exco Baru

Pada 4 Ogos 2010, Rabu, bertempat di Auditorium Utama, telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) kali ke-2. Pada jam 8.00 malam, kelihatan ahli-ahli persatuan mula memenuhi Auditorium.

Kehadiran Dr. Ahmad Sohaimi, Encik Nizamuddin dan Puan Kalsum sebagai tetamu VIP telah menjadikan suasana lebih ceria. Saudari Suraya bt Harun sebagai pengacara majlis telah memulakan majlis dengan nyanyian lagi Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman, disusuli dengan keberkatan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Yusof bin Razali. Kemudian, tayangan montaj aktiviti sepanjang Pimpinan Sulong 2009/2010. Acara diserikan lagi dengan ucapan oleh President PPMas sesi 2009/2010 iaitu Saudara Ahmad Ghazali bin Shafie dan Ketua Jabatan Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim. Majlis diteruskan dengan pembentangan oleh Setiausaha sesi 2009/2010 iaitu Saudara Gemasthy Anak Goen dan Bendahari sesi 2009/2010 iaitu Saudari Nur Ain bt Shahrom.

Seterusnya, sesi penyampaian oleh Dr. Ahmad Sohaimi kepada Biro Terbaik Persatuan Pengajian Malaysia sesi 2009/2010 iaitu Biro Penerbitan dan Informasi yang diketuai oleh Saudari Nurul Athirah Azmi dan Timbalannya iaitu Nurulhana Md. Nor. Kemudian, sesi penyampaian hadiah kepada semua Majlis Tertinggi dan Exco PPMas sesi 2009/2010 oleh Dr. Ahmad Sohaimi. Acara kemuncak ialah bacaan watikah perletakan jawatan yang diketuai oleh President, Saudara Ahmad Ghazali sebagai menandakan berakhirnya pimpinan sulong persatuan sesi 2009/2010. Terima kasih buat mereka.

Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak yang kedua iaitu perlantikan Majlis Tertinggi dan Exco baru bagi sesi 2010/2011. Majlis ini telah dikendalikan oleh Saudara Mohd Faizal bin Amir dan dibantu oleh beberapa orang ahli SUKSIS yang diketuai oleh Saudara Armadi Derus sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tahniah diucapkan. Senarai Majlis Tertinggi dan Exco baru akan disiarkan.
Kepada semua yang hadir, jutaan terima kasih untuk anda.

 Barisan Pemimpin PPMas sesi 2009/2010


 Barisan Pimpinan Sesi 2010/2011

No comments:

Post a Comment