MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Tuesday, July 27, 2010

Perjumpaan Bersama Mahasiswa Baru AT58

Salam sejahtera. Bagi mengalu-alukan kemasukan pelajar baru Semester 1 Pengajian Malaysia dengan Pendidikan, pihak Majlis Tertinggi dan Biro Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) akan mengadakan perjumpaan khas antara pelajar baru AT58 dengan pihak PPMas. Berikut adalah butir perjumpaan :

Tarikh    : 27 Julai 2010 bersamaan 15 Syaaban 1431 Hijrah
Tempat  : Dewan Kuliah K (DKK)
Masa     : 8.00 malam

Semua mahasiswa semester 1 AT58 dijemput hadir. Terima Kasih.

Friday, July 23, 2010

Tarikh Penghantaran Laporan ROS

Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar AT58 yang telah menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pada cuti semester lepas, tarikh penghantaran laporan ROS adalah pada 30 Julai 2010 (Jumaat). Laporan berkenaan haruslah diserahkan kepada pensyarah penyelia masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 20, 2010

Borang Pencalonan


Salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Pengajian Malaysia (AT58), borang bagi pencalonan untuk jawatankuasa baru bagi Majlis Tertinggi dan Biro-biro akan dibuka.

Tarikh : 22 Julai hingga 30 Julai 2010
Tempat : Meja Persatuan, (Bilik Persatuan, Bitarasiswa)
Tarikh penyerahan borang : 30 Julai 2010 di meja persatuan

Terdapat dua borang yang disediakan iaitu borang untuk jawatan Majlis Tertinggi (biru) dan borang untuk jawatan Biro (putih). Pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dan anda perlu sertakan juga gambar berukuran pasport. Bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua pelajar AT58 boleh bertanding kecuali pelajar semester 1. Bagi jawatan Biro pula, semua pelajar AT58 boleh bertanding.

Mesyuarat Agung Persatuan akan diadakan pada 4 atau 5 Ogos 2010. Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat akan diberitahu kelak. Oleh yang demikian, semua calon diminta untuk hadir pada malam berkenaan. Terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

Baju Korporat

Salam sejahtera. Kepada ahli persatuan yang belum mengambil lagi baju korporat persatuan, sila ambil baju anda pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 10 pagi hingga 5 petang di Bitarasiswa. TQ.

Wednesday, July 14, 2010

Senarai Nama Penyelia ROS

Salam sejahtera. Berikut adalah senarai nama penyelia Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Tarikh penghantaran laporan akan diberitahu kemudian. Jika nama anda tiada, sila rujuk terus pada Prof. Kanthasamy. Terima kasih