MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Tuesday, July 20, 2010

Borang Pencalonan


Salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Pengajian Malaysia (AT58), borang bagi pencalonan untuk jawatankuasa baru bagi Majlis Tertinggi dan Biro-biro akan dibuka.

Tarikh : 22 Julai hingga 30 Julai 2010
Tempat : Meja Persatuan, (Bilik Persatuan, Bitarasiswa)
Tarikh penyerahan borang : 30 Julai 2010 di meja persatuan

Terdapat dua borang yang disediakan iaitu borang untuk jawatan Majlis Tertinggi (biru) dan borang untuk jawatan Biro (putih). Pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dan anda perlu sertakan juga gambar berukuran pasport. Bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua pelajar AT58 boleh bertanding kecuali pelajar semester 1. Bagi jawatan Biro pula, semua pelajar AT58 boleh bertanding.

Mesyuarat Agung Persatuan akan diadakan pada 4 atau 5 Ogos 2010. Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat akan diberitahu kelak. Oleh yang demikian, semua calon diminta untuk hadir pada malam berkenaan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment