MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Sunday, January 24, 2010

PERHATIAN. Maklumat semasa AT58

Salam sejahtera warga PPMas sekalian.


Baru-baru ini, kita semua telah dikejutkan oleh kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa penempatan guru akan dikurangkan bermula tahun hadapan. Kenyataan ini amat mencemaskan bakal pendidik seperti kita semua. 


Memandangkan Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan adalah program yang baru diperkenalkan di UPSI, maka program ini belum mendapat pengiktirafan daripada MQA dan rata-rata daripada kita semua berasa bimbang jaminan untuk kita semua setelah bergraduasi kelak.


Oleh yang demikian, kami sebagai Jawatan Kuasa Tertinggi Persatuan Pengajian Malaysia terpanggil untuk memberi makluman agar semua rakan-rakan bertenang dan terus teguh dengan matlamat asal ke sini iaitu menamatkan pengajian dengan jayanya.


Kami telah mendapatkan kepastian daripada Pensyarah Penasihat PPMas iaitu En. Nizamuddin Alias dan beliau meminta pelajar supaya tidak risau kerana pihak Jabatan Pengajian Malaysia dan fakulti bertanggungjawab dalam urusan pengiktirafan ini. 


Apa yang penting pada masa ini ialah kita semua perlu membuktikan kecemerlangan AT58 dengan memastikan Graduan AT58 kelak benar-benar berkualiti. Pihak yang akan mengiktiraf kita perlu melihat produk yang dihasilkan oleh satu2 pengajian itu sebelum mengeluarkan sijil pengiktirafan.


Oleh yang demikian, diharapkan agar rakan-rakan sekalian tidak cepat melatah ataupun bimbang akan perkara ini sehingga fokus asal kita tersasar sekaligus menjejaskan perjalanan kita di UPSI ini. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah jabatan dan fakulti. Suka diingatkan bahawa FSSK telah berada di hadapan antara fakulti-fakulti di UPSI dan hal ini perlu menjadi motivasi dalam diri kita.


Adalah diharapkan dengan maklumat ini kita semua kembali bersatu dalam memperkuat PPMas dan membuktikan kita sebagai anak bongu dalam UPSI mampu melakukan sesuatu yang mengharumkan nama Universiti.


Sekian.

No comments:

Post a Comment