Pelajar Semester 5 dan ke atas = 2 hingga 6 April 2010
Pelajar Semester 4 = 7 hingga 10 April
Pelajar Semester 3 = 11 hingga 14 April 2010
Peringatan
- Pelajar perlu dapatkan Maklumat Jadual Kuliah Dalam Bentuk Cakerapadat (CD-R) di fakulti masing-masing. Pelajar juga perlu mendaftar kursus setelah memastikan kursus-kursus yang hendak didaftarkan Jadualnya tidak bertindih. Pelajar perlu menyusun sendiri jadual kuliah dan memilih kumpulan bagi kursus seperti yang dikeluarkan oleh Universiti. Pelajar juga perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) berdasarkan kepada semester pengajian masing-masing (rujuk kepada Jadual Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011).
- Pelajar tidak perlu lagi mengikut Pakej Semester semasa memilih kursus yang hendak didaftarkan. Walaubagaimanapun pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah mengikut Struktur Program Pengajian masing-masing.
- Sebarang masalah dan pertanyaan sila rujuk fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus ini akan dilakukan secara online sepenuhnya.
- Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5 (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus
Sumber : UPSI Portal
No comments:
Post a Comment