MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Sunday, July 26, 2009

Penubuhan Persatuan Pengajian Malaysia

TAHNIAH......
Kepada semua pelajar program pengajian malaysia dengan pendidikan dengan tertubuhnya Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAL). Diharapkan dengan tertubuhnya persatuan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kita mahasiswa program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan..

Pada tanggal 21 Julai 2009, telah diadakan Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia buat kali pertama. Majlis ini telah diadakan di Auditorium UPSI.
Seramai anggaran 800 mahasiswa telah hadir.

Perlantikan telah diadakan dengan telus dan saksama dengan kerjasama daripada persatuan-persatuan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan seperti Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Pendidikan Moral, Persatuan Pendidikan Sejarah, Persatuan Bahasa Arab dan Persatuan Geografi yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terima Kasih diucapkan kepada persatuan-persatuan yang sudi membantu melacarkan perjalanan majlis.

TAHNIAH juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia yang telah dilantik dan sekali gus telah diberi kepercayaan bagi menerajui persatuan bagi sesi 2009/2010. Tenggungjawab dan amanah yang digalas terletak di bahu anda. Laksanakan dengan jujur dan ikhlas. Semoga Persatuan ini akan maju dan terus maju bagi membina modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Sekian daripada meja Sekreteriat Penerbitan dan Informasi