MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

POLITIK

Demokrasi ala-Westminster

Pengamalan sistem demokrasi di Malaysia sering dikenali sebagai demokrasi ala-Westminster.Sistem ini sebenarnya sempena nama tempat terletaknya lokasi bangunan parlimen di England iaitu Westminster Abbey.Kebanyakan negara Komanwel* sekarang mengamalkan kerajaan demokrasi ala-Westminster ini. Tetapi bukan semua aspek sistem demokrasi ini digunapakai.Beberapa aspek atau cirinya telah diubah suai mengikut kehendak dan kesesuaian negara kita.Antara aspek atau ciri yang tidak ada di England tetapi ada di negara kita termasuklah:

1) Negara kita merupakan negara berkonsep persekutuan iaitu wujud dengan mempersatukan tiga belas kerajaan negeri, manakala kerajaan England wujud sebagai sebuah negara yang tunggal.

2) Negara kita mengandungi warganegara yang berbilang kaum yang mempunyai adat resam, bahasa dan agama yang berlainan. Kita belum lagi mencapai perpaduan bangsa yang utuh. Negara kita hari ini adalah sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala England adalah negara tua yang sudah ada tradisi dan boleh disifatkan satu tamadun lama.

3) Negara kita ada undang-undang yang mungkin dianggap tidak selari dengan sesetengah prinsip demokrasi seperti undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4) Di dalam Perlembagaan negara tercatat hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dalam hal penetapan kuota berkaitan perkhidmatan awam, permit, biasiswa dan sebagainya memandangkan kemunduran kedudukan ekonomi golongan ini.

5) Sebenarnya England tidak mempunyai satu buku karangan perlembagaan yang lengkap ditulis seperti yang terdapat di negara kita, tetapi hanya mempunyai kumpulan kertas atau dokumen undang-undang yang telah diluluskan di parlimennya.

Komanwel merupakan sebuah pertubuhan dunia yang menggabungkan negara-negara bekas Tanah Jajahan British.