MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Tuesday, March 30, 2010

TAKLIMAT RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) SEMESTER 4


Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi pelajar semester 4 Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5 April 2010
Hari : Isnin
Masa : 9am hingga 12pm
Tempat : Dewan Rahman Talib
Kehadiran : DIKEHENDAKI HADIR

Diharap agar semua pelajar Semester 4 dapat menghadirkan diri pada hari berkenaan kerana taklimat ini penting untuk menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) nanti.
Sekian.

Terima Kasih.

Jadual Pendaftaran dan Pra Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011

Pelajar Semester 5 dan ke atas = 2 hingga 6 April 2010

Pelajar Semester 4 = 7 hingga 10 April

Pelajar Semester 3 = 11 hingga 14 April 2010




Peringatan
  • Pelajar perlu dapatkan Maklumat Jadual Kuliah Dalam Bentuk Cakerapadat (CD-R) di fakulti masing-masing. Pelajar juga perlu mendaftar kursus setelah memastikan kursus-kursus yang hendak didaftarkan Jadualnya tidak bertindih. Pelajar perlu menyusun sendiri jadual kuliah dan memilih kumpulan bagi kursus seperti yang dikeluarkan oleh Universiti. Pelajar juga perlu mendaftar mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) berdasarkan kepada semester pengajian masing-masing (rujuk kepada Jadual Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi 2010/2011).
  • Pelajar tidak perlu lagi mengikut Pakej Semester semasa memilih kursus yang hendak didaftarkan. Walaubagaimanapun pelajar perlu memastikan kursus yang didaftarkan adalah mengikut Struktur Program Pengajian masing-masing.
  • Sebarang masalah dan pertanyaan sila rujuk fakulti masing-masing. Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus ini akan dilakukan secara online sepenuhnya.
  • Sekiranya Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus tidak dilakukan pada tarikh yang ditetapkan DENDA akan dikenakan sebanyak RM30/kursus + RM5 (tidak membuat Pendaftaran Kursus dan Pra-Pendaftaran Kursus

Sumber : UPSI Portal

Friday, March 26, 2010

Dijemput semua ke SITC

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga PPMas sekalian. Program Mengenang Tokoh Negarawan- Allahyarham Tun Abdul Razak akan diadakan di SITC pada 27 dan 28 Mac 2010 (Sabtu dan Ahad). Pada pukul 9.00 pagi 27 Mac 2010 akan diadakan forum dan jemputan khas ialah bekas setiausaha sulit Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri. 

Ketua Jabatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim menyarankan semua agar sama-sama hadir bagi mendapatkan input yang sangat berguna. Jumpa di sana!!!

Terima Kasih.

Wednesday, March 17, 2010

SUKAN TERTUTUP PERSATUAN PENGAJIAN MALAYSIA (SUKMAS 09/10)


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengajian Malaysia akan mengadakan Sukan Tertutup Persatuan Pengajian Malaysia (SUKMAS) seperti yang telah diberitahu sebelum ini. Berikut adalah butiran sukan berkenaan :

Tarikh dan Masa :
20 Mac 2010 (Sabtu) - 2.00pm - 7.00pm - Futsal Perempuan
21 Mac 2010 (Ahad) - 8.00am - 5.00pm - Futsal Lelaki

Tempat :
Gelanggang FUTSAL Kampus UPSI

SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN


BERSAMA-SAMALAH KITA HADIR BAGI MEMBERI SOKONGAN DAN MEMERIAHKAN LAGI PERTANDINGAN INI

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Tuesday, March 16, 2010

PEMBERITAHUAN: Baju Korporat PPMas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baju korporat PPMas yang dijangka siap dalam 3 minggu mengalami sedikit kelewatan untuk diserahkan kepada para pembeli yang sudah membuat tempahan. Untuk makluman rakan-rakan ahli persatuan, baju-baju berkenaan telah siap dengan sulaman di bahagian belakang dan lengan. 

Pembekal sedang menunggu logo 'UPSI' dan logo persatuan yang ditempah dari China. Logo yang ditempah menggunakan teknologi sulaman 'dalam kain' dan bukan sulaman terus atas kain yang biasanya didapati pada baju-baju korporat lain.  Teknik ini akan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tidak bersepah. Kelewatan berpunca disebabkan cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Pembekal hanya menanti logo-logo tersebut sampai dan dijahit pada baju.

Jawatankuasa PPMas memohon maaf atas kelewatan tersebut dan berdasarkan maklumbalas pembekal, tempahan akan dapat dihantar selewat-lewatnya akhir bulan ini. Terima kasih.

Monday, March 15, 2010

SUKMAS (sukan Pengajian Malaysia)

Perhatian : AT58 sila hantar Borang FUTSAL dan BOLA JARING  pasukan anda sebelum RABU 16/03/10 untuk mengesahkan penyertaan pasukan anda pada SUKMAS hujung minggu ini. 

 serahan borang beserta Wang Penyertaan boleh di berikan kepada:

SEM 2: Yaya, Liza, Dini
SEM 4: Remy, n The Gang
SEM 5: isa, Epol

Sekian, terima kasih

Saturday, March 13, 2010

Kejayaan Program Simfoni Dan Kebudayaan AT 58

Terlebih dahulu kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam Program Simfoni Kasih dan Kebudayaan AT 58. Untuk pengetahuan semua, program ini bukan sahaja dihadiri oleh palajar Pengajian Malaysia malah pelajar daripada kursus lain juga datang memberi sokongan kepada majlis ini. Sebagai perasmi program, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Dr. Ibrahim bin Hashim telah menyaksikan persembahan sehingga ke akhir program dijalankan. Begitu juga dengan tetamu lain yang hadir seperti Ketua Jabatan Pengajian Malaysia, Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim, Penasihat Persatuan Pengajian Malaysia, Encik Nizamuddin bin Alias, Penasihat Program, Cik Nor Marlina binti Hj Alias serta pensyarah-pensyarah yang lain.

Sebelum program bermula, sesi pendaftaran serta pemberian nombor cabutan bertuah dilakukan di luar pintu masuk ke Auditorium Utama. Mengikut pihak pendaftaran, penonton yang hadir pada malam tersebut hampir mencecah seramai 500 orang. Bersesuai dengan tema Menyelami Identiti Nasional Kita, ada antara pelajar yang memakai pakaian yang bercorak perpaduan yang melambangkan perpaduan kaum di Malaysia. Majlis Perasmian dilakukan dengan gimik silat oleh dua orang pelajar sebelum Dekan mengetuk gong.

Persembahan pertama adalah dari wakil Semester 5 dengan tarian Taming Sari., ia merupakan tarian dari kaum Melayu. Persembahan kedua pula ialah dari wakil Semester 4 dengan Tarian Kipas yang berasal dari kaum Cina. Corak tarian yang rancak, kareografi yang menarik serta pergerakan sekata kipas yang berwarna merah jambu telah memukau setiap penontong yang menyaksikannya. Persembahan ketiga pula adalah tarian Bhangra dari wakil Semester 2. Tarian Bhangra ini adalah tarian daripada kaum Sikh. Kelucuan persembahan ini telah membuatkan penonton terhibur dengan irama serta penarinya.

Persembahan seterusnya juga wakil dari Semester 2 dengan tarian Magunatip. Tarian yang menonjolkan sifat kepewiraan bagi kaum Murut di Sabah ini telah membuatkan penonton berasa cemas dan berdebar-debar. Ini kerana persembahan Magunatip ini memerlukan fokus yang tinggi kerana ia bermain dengan parang serta buluh. Kepakaran serta pengalaman daripada penari berjaya membuat semua yang memenuhi perut Auditorium Utama terpegun dengan persembahan mereka. Pihak Majlis Tertinggi serta Exco juga telah menjemput kumpulan nasyid UPSI iaitu kumpulan Nasyid Min Haj yang telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Kemudian, persembahan diteruskan dengan Tarian Rarha dari kaum India yang dipersembahkan oleh wakil Semester 4. Sebagai persembahan penutup, wakil daripada Semester 5 telah membuat persembahan Dikir Barat. Dikir Barat sangat sinonim dari negeri Kelantan dan disampaikan dengan baik oleh mereka.

Pengisian program bukan sahaja dipenuhi dengan persembahan semata-mata, malah sesi cabutan bertuah juga menjadi selingan majlis. Penonton yang hadir tidak hanya pulang dengan tangan kosong kerana penonton juga telah diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan. Selain itu, makanan juga diberikan kepada mereka yang hadir.

Sejuta terima kasih diucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah berusaha bertungkus-lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Kepada semua pelajar, nantikan lagi program yang akan diadakan oleh PPMas. Terima Kasih.

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM SIMFONI KASIH DAN KEBUDAYAAN (AT 58)



Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengajian Malaysia akan mengadakan sebuah majlis yang bertemakan integrasi dan perpaduan masyarakat di Malaysia. Butiran majlis berkenaan adalah seperti berikut :

Tarikh : 10 Mac 2010 ( Rabu )
Masa : 8.00 hingga 11.00 malam
Tempat : Auditorium Utama

Pengisian Majlis (persembahan)
- Tarian Bhagra dan Tarian Mangunatip dari Semester 2
- Tarian Kipas dan Tarian India dari Semester 4
- Tarian Zapin serta Dikir Barat dari Semester 5

Pakaian
- Semua pelajar bebas untuk memakai pakaian yang bertemakan perpaduan dan integrasi. Contohnya ialah pelajar Melayu tidak semestinya hanya memakai pakaian kaum Melayu tapi boleh memakai pakaian daripada kaum lain seperti baju Ceongsam. Namun, pakaian tersebut hendaklah menutup aurat dan tidak menonjol.

Oleh yang demikian, kami akan membuka kaunter untuk membeli kupon makanan yang akan disediakan pada malam majlis berkenaan berlangsung. Kaunter pembelian akan dibuka pada hari Khamis (4 Mac 2010) hingga Selasa (9 Mac 2010). Wakil dari pihak AJK pelaksana akan menjual kupon berkenaan di dalam kelas. Harga bagi sebuah kupon adalah RM2 sahaja.

Tuesday, March 2, 2010

ROS Semester 4


Salam dan selamat sejahtera.

Mengenai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) untuk pelajar semester 4, pihak Exco Penerbitan dan Informasi telah berjumpa dengan Ketua Jabatan iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau telah menyatakan bahawa beliau akan merujuk dengan penyelaras ROS iaitu Prof Kanthasamy. Oleh yang demikian, pihak Exco Penerbitan dan Informasi akan berjumpa sekali lagi dengan penyelaras ROS untuk mengetahui keputusan atau status ROS tersebut. Tambahan pula, belum lagi keluar kenyataan atau arahan untuk pendaftaran ROS Semester 4 bagi pelajar Pengajian Malaysia.  Walau bagaimanapun, Penyelaras sudah memberi kebenaran untuk pelajar semester 4 unduk mendaftar ROS. Suatu perjumpaan akan dibuat untuk penerangan mengenai perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan ROS. Diharap agar semua pelajar semester 4 dapat bersabar.

Sekian.

Monday, March 1, 2010

SUKMAS (sukan Pengajian Malaysia

salam hormat,,,,
untuk pengetahuan semua, SUKMAS di tunda ke tarikh seperti berikut:

20 & 21 Mac 2010,

sila dapatkan borang penyertaan anda untuk menyertai sukan Futsal lelaki/perempuan dan bola jaring.

-Ketua Exco Sukan PPMas-