MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Friday, May 21, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 2 2009/2010


Salam sejahtera.

Perhatian kepada semua pelajar, menurut sumber yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar melalui wakil Exco Akademik dan Kerjaya, Saudara Balaganesh dengan Pegawai Akademik Encik Husyaini, jika tiada sebarang masalah dan perubahan, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada 21 Mei 2010. Tetapi, jika terdapat sebarang kesulitan dari segi pentadbiran, maka keputusan tersebut akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Ini semua tertakluk kepada perubahan dan keputusan mesyuarat pihak Akademik. Keputusan bolehlah dilihat di http://mysis.upsi.edu.my masing-masing.

Terima kasih

Sumber
http://mpp-upsi.blogspot.com

Thursday, May 6, 2010

Surat Rancangan Orientasi Sekolah Semester 4

Perhatian kepada pelajar Semester 4 yang akan menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pada 21 Jun 2010 hingga 2 Julai 2010, anda bolehlah mencetak surat pengenalan diri di mysis masing-masing untuk dibawa ke sekolah semasa mendaftarkan diri. Bagi senarai pensyarah yang akan menyelia pelajar ROS ini akan diberitahu kelak kerana Penyelaras ROS iaitu Profesor Kanthasamy sedang sibuk menyelia pelajar-pelajar yang sedang praktikum. Sekian.

Terima Kasih