PPMas akan memperkenalkan baju korporat bermula pada semester hadapan.
Warna yang dicadangkan adalah warna ungu dan putih. Rasional warna ungu adalah ianya melambangkan kehormatan, kebanggaan, dan kejayaan di samping warna putih yang melambangkan keluhuran dan kesederhanaan.
Gabungan kedua-dua warna ini mampu menyerlahkan imej korporat PPMas itu sendiri.
Contoh baju korporat adalah seperti gambar di bawah. Warna ungu yang dipilih adalah seperti warna ungu baju lengan pendek.
Info tambahan:
- Baju korporat bagi siswi adalah berlengan 3/4. Cadangan menambah 'lining' warna ungu pada garisan butang (bagi siswi sahaja) kerana kelihatan kosong pada baju siswi.
- Logo UPSI dan logo PPMas di hadapan, sulaman 'Persatuan Pengajian Malaysia' (atas) & 'UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS' (bawah) di belakang dan akronim PPMas di lengan.
- Fabrik yang digunakan adalah dari jenis 'viscose' yang tahan lama dan berkualiti.
- Terdapat dalam saiz S, M, L, XL, XXL dan XXXL. Contoh baju akan dibawa untuk dicuba bagi kepuasan semua.
- Harga yang dicadangkan ialah RM55.00 (tertakluk kepada perubahan, namun tidak akan melebihi RM60.00). Hal ini kerana pilihan fabrik yang berkualiti di samping bilangan logo dan sulaman pada baju. (harga adalah sama bagi baju siswa dan siswi)
- Tempahan akan dimulakan pada awal semester hadapan setelah perbincangan akhir dibuat bersama pembekal.
No comments:
Post a Comment