MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Saturday, September 12, 2009

Sukan Persatuan Pengajian Malaysia (SUKMAS)

Untuk pengetahuan semua (AT58) ahli PPMas, Exco sukan dan reakriasi akan mengadakan hari sukan pengajian Malaysia (SUKMAS 09) seperti berikut:

Pertandingan : 1) Futsal lelaki
: 2) Futsal Wanita
: 3) Bola Jaring Wanita

bertempat di : Kolej Za'ba dan kolej Ungku Omar

tarikh : 24 - 25 Oktober 2009

* Borang akan di edarkan bermula 28 September 2009 dan syarat penyertaan di lampirkan.
* Setiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 untuk setiap penyertaan.
* Futsal wanita akan di langsungkan jika mendapat lebih dari 6 pasukan bertanding.

@ sebarang perubahan akan di beritahu kelak.......

Exco sukan dan reakriasi PPMas
(Insan sihat Insan cemerlang)

Saturday, September 5, 2009

Perhatian kepada semua mahasisiwa/i .


Program : Seminar Integrasi Nasional
Tarikh : 8 September 2009 ( Selasa )
Tempat : Auditarium Utama , UPSI.
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg

* Kehadiran anda diwajibkan dan kelas kuliah diganti dengan seminar tersebut.

Terima Kasih.

Saturday, August 15, 2009

Baru-baru ini tanggal 8 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu seorang rakan kita, Siti Hajar Bt Mohammad Nasir semester 4 telah kehilangan ayahandanya yang tersayang. Takziah diucapkan kepada rakan kita ini yang berasal dari Pokok Sena, Kedah. Oleh itu, Exco kebajikan Persatuan Pengajian Malaysia akan mengadakan kutipan derma dari kelas ke kelas. Diharap kita semua dapat memberi sumbangan seikhlas yang mungkin. Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah bapa Nurul Hajar..Al-Fatihah..

-Dari meja Exco Penerbitan dan Informasi-

Saturday, August 1, 2009

HINI di UPSI

Wabak Selsema Babi (H!N!) telah merebak ke UPSI. Oleh itu, Dato' Naib Canselor UPSI telah memutuskan untuk memberi cuti kepada semua warga UPSI dari 29 julai sehingga 8 ogos 2009. Sama-sama kita dokan semoga kawan-kawan kita yang demam akan sembuh dengan sepenuhnya. AMIN

Sunday, July 26, 2009

Penubuhan Persatuan Pengajian Malaysia

TAHNIAH......
Kepada semua pelajar program pengajian malaysia dengan pendidikan dengan tertubuhnya Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAL). Diharapkan dengan tertubuhnya persatuan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kita mahasiswa program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan..

Pada tanggal 21 Julai 2009, telah diadakan Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia buat kali pertama. Majlis ini telah diadakan di Auditorium UPSI.
Seramai anggaran 800 mahasiswa telah hadir.

Perlantikan telah diadakan dengan telus dan saksama dengan kerjasama daripada persatuan-persatuan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan seperti Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Pendidikan Moral, Persatuan Pendidikan Sejarah, Persatuan Bahasa Arab dan Persatuan Geografi yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terima Kasih diucapkan kepada persatuan-persatuan yang sudi membantu melacarkan perjalanan majlis.

TAHNIAH juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia yang telah dilantik dan sekali gus telah diberi kepercayaan bagi menerajui persatuan bagi sesi 2009/2010. Tenggungjawab dan amanah yang digalas terletak di bahu anda. Laksanakan dengan jujur dan ikhlas. Semoga Persatuan ini akan maju dan terus maju bagi membina modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Sekian daripada meja Sekreteriat Penerbitan dan Informasi