MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Friday, January 8, 2010

Baju Korporat PPMas- design untuk mahasiswi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 PPMas sekalian. Kami baru menerima rekaan baju korporat untuk mahasiswi. Rekaan ini adalah berlengan panjang, bukan 3/4. Rekaan baju berlengan panjang ini berdasarkan 6 rekaan baju lengan pendek sebelum ini.


Terima kasih.

Penempatan Lattihan Insdustri bagi Semester 5

Anda boleh menyampaikan maklum balas atau cadangan bagi membantu kami MT PPMas bagi menyelesaikan maslah ini. Sebarang informasi akan kami sampaikan dari masa ke masa. Diharap rakan-rakan semua dapat bersabar. Terima kasih.

Thursday, January 7, 2010

HATI-HATI LAMAN SESAWANG PALSU MAYBANK DAN HONG LEONG

Teman sekelian tentu ada yang sedar akan pelbagai makluman dari Bank Negara Malaysia dan PDRM berkaitan dgn transaksi online  yg dilakukan oleh pihak tertentu yg bertujuan utk mencuri info dari pelanggan akaun online banking.
Disini dikongsikan dua link yg betul betul menyerupai M2U dan HLB sites dihantar melalui mail dgn alasan pemegang akaun harus memperbaharui info didalam akaunnya. Sila perhatikan dan lihat perbezaan masing masing.

Website palsu M2U

Website ‘ori’ M2U (Genuine)

Website palsu Hong Leong (FAKE)

Website ‘ori’ Hong Leong (Genuine)
Tak nampak perbezaannya, kan? Memang sukar utk mencari perbezaannya. mereka memang mahir melakukan duplikasi.
Perbezaannya, lihat pada address bar. Address web sepatutnya menunjukkan address bank dan juga sila pastikan tanda icon kunci(mangga) ada pada site itu coz itu mengesahkan ianya laman yang selamat, bukannya laman palsu. Sila berjaga jaga ya sebab sekali mereka tahu id dan password anda, penat-penat duit dan simpanan yg diusaha boleh hilang sekelip mata.


Regards,
Dipetik daripada http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/web-site-palsu-fake-maybank-and-hong.html

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Jawatankuasa Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010". Harapan kami, semoga PPMas akan terus berjaya dengan sokongan daripada anda semua.

" MAHASISWA PENGGERAK WAWASAN "



Wednesday, December 16, 2009

Undian baju korporat PPMas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi mendapatkan kata sepakat dalam membuat baju korporat Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Kami akan melaksanakan undian dalam memilih rekabentuk baju korporat yang akan ditempah nanti.

Undian akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan. harap rakan-rakan dapat sebarkan supaya kata putus nanti bersifat demokrasi.

Terima kasih.


 

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT BERCUTI

Majlis Tertinggi dan Exco mengucapkan selamat bercuti untuk semua dan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk yang muslim. Semoga selamat pulang dan selamat sampai ke kampung masing-masing. Pastikan keselamatan anda diutamakan.

Wednesday, November 4, 2009

Malam Majlis Anugerah Kecemerlangan Berjalan Dengan Jayanya


Pada 29 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu, telah diadakan Malam Majlis Anugerah Kecemerlangan anjuran Jabatan Pengajian Malaysia dengan Jabatan Sejarah. Majlis ini telah dijalankan di Auditorium Utama pada jam 8 malam. Kemeriahan terasa apabila majlis diserikan dengan kehadiran Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Dr. Ibrahim bin Hashim. Anugerah juga telah disampaikan oleh Dr. Hashim kepada 407 orang pelajar yang tersenarai untuk mendapat Anugerah Kecemerlangan dari Jabatan Pengajian Malaysia dan Jabatan Sejarah. Turut hadir ialah wakil Ketua Jabatan Pengajian Malaysia dan Ketua Jabatan Sejarah. Beberapa orang pensyarah juga turut hadir untuk memeriahkan majlis.
Majlis juga dilengkapi dengan alunan bacaan sajak yang telah disampaikan oleh Saudara Noor Azri bin Isa. Sebagai pengarah program, Saudara Samuel dan Ex-Offisio, Saudara Ghazali dan Saudara Eddy, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh badan pelaksana program iaitu Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) dan Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) sangat baik. Jika diberikan peluang dan kesempatan, PPMas ingin bergabung sekali lagi dengan PERMAS untuk mengadakan program bersama.
Impaknya, majlis ini bukan hanya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli persatuan malah ia juga dapat membantu PPMas untuk mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan ahli persatuan yang lain. Sebagai persatuan yang telah lama ditubuhkan di UPSI, PERMAS dengan berbesar hati telah memberikan tunjuk ajar kepada PPMas yang merupakan persatuan yang baru ditubuhkan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan VIP dan tetamu yang hadir. Tahniah buat pelajar yang menerima anugerah pada malam tersebut. Kepada yang tidak menerima anugerah, anda jangan berputus asa. Tingkatkan usaha anda untuk lebih maju. Sejuta ucapan terima kasih, khas ditujukan kepada pihak PERMAS kerana sudi bergabung dengan PPMas untuk mengadakan Malam Majlis Anugerah Kecemerlang.