MUTIARA KATA


Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.
Semua orang tidak perlu menjadi malu karena pernah berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana daripada sebelumnya.

Wednesday, October 14, 2009

Penundaan Sukan (SUKMAS)

Penundaan Sukan SUKMAS terpaksa dilakukan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan.

mohon maaf dipinta atas segala permasalahan ini.

exco SUKAN PPMas

Monday, October 12, 2009

JAMUAN HARI RAYA

Dengan segala sukacitanya, sebuah majlis Jamuan Hari Raya akan diadakan bagi semua ahli Persatuan Pangajian Malaysia (PPMas). Majlis ini akan dikendalikan oleh Majlis Tertinggi dan Exco. Majlis ini juga merupakan sebuah majlis yang diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara Majlis Tertinggi dan Exco bersama-sama ahli persatuan. Berikut merupakan butiran majlis berkenaan:

Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)
Tempat : Belakang Auditorium
Masa : 4 petang hingga 8.30 malam
Bayaran : RM5 seorang

Majlis ini juga diadakan pada hari yang sama pelajar-pelajar semester satu yang akan membuat persembahan mereka untuk Subjek Budaya dan Warisan yang akan diadakan pada jam 9 malam. Bersama-samalah kita memberikan sokongan kepada mereka. Bayaran bagi menyertai jamuan ini akan dijalankan dari 12 Oktober hingga 23 Oktober.

Doakan Sahabat Kita

Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan sahabat kita iaitu adik WAN AINI BT WAN IBRAHIM, semester 1 yang sekarang ini berada di Hospital Slim River akibat demam denggi. Diharap agar kesihatan adik Wan Aini akan bertambah pulih dengan segera. Satu kutipan sumbangan telah dijalankan bagi meringankan beban yang dipikul oleh keluarga adik Wan Aini. Semoga Allah S.W.T akan memberikan kesihatan yang baik kepada adik Wan Aini. Amin....

Saturday, September 12, 2009

Sukan Persatuan Pengajian Malaysia (SUKMAS)

Untuk pengetahuan semua (AT58) ahli PPMas, Exco sukan dan reakriasi akan mengadakan hari sukan pengajian Malaysia (SUKMAS 09) seperti berikut:

Pertandingan : 1) Futsal lelaki
: 2) Futsal Wanita
: 3) Bola Jaring Wanita

bertempat di : Kolej Za'ba dan kolej Ungku Omar

tarikh : 24 - 25 Oktober 2009

* Borang akan di edarkan bermula 28 September 2009 dan syarat penyertaan di lampirkan.
* Setiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 untuk setiap penyertaan.
* Futsal wanita akan di langsungkan jika mendapat lebih dari 6 pasukan bertanding.

@ sebarang perubahan akan di beritahu kelak.......

Exco sukan dan reakriasi PPMas
(Insan sihat Insan cemerlang)

Saturday, September 5, 2009

Perhatian kepada semua mahasisiwa/i .


Program : Seminar Integrasi Nasional
Tarikh : 8 September 2009 ( Selasa )
Tempat : Auditarium Utama , UPSI.
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg

* Kehadiran anda diwajibkan dan kelas kuliah diganti dengan seminar tersebut.

Terima Kasih.